tuan rumah ^_^

My photo
Kota bharu, Kelantan, Malaysia
RHUBIATUL ADAWIYAH | 1994 JAN 07 |

bermula disini alam siber ku

follow my instagram

Instagram

burung biru jer kah?

Sunday 7 January 2018

WMS

Bismillahirahmanirahim,
sebelum 07/01/2018 melabuhkan tirai...

aku tergerak nak tulis sikit 'sesuatu' untuk melegakan hati aku...

3 bulan lepas, aku down teruk.. macam putus harapan gitu... tapi alhamdulillah allah kurniakan aku satu kekuatan yang aku rasa macam "betul ke aku kuat sampai tahap ni?".

yelah, kalau korang... jatuh cinta dekat someone, korang dah betul betul jujur, ikhlas, setia gila... try ade waktu susah dia.... tapi last2 korang baru sedar yang selama ni korang dibohongi...

yes, bukan jodoh.... aku pon percaya ade sebab aku ditemukan dengan seseorang lantas akhirnya menyakitkan hati aku... hehek...

lama lepas dah move on. dia dtg.. mohon maaf, time tu aku ingat... " okay maybe dia patut diberikan peluang" hmm tapi... dia still mainkan perasaan aku which is aku pon malas nak citer panjang karang org cakap aku bukak aib orang pulak,,, yelah,,, orang yang kita pernah sayang... dulu aku backup dia gila-gila kot time family aku cakap bukan2.


so, skrg? hmm...
aku tengah berharap yang aku dapat perlahan-lahan terima semua ni,,, ade HIKMAH... maybe allah nak sedarkan aku, jangan duk bercinta sgt... heheehehehher

so alhamdulillah, aku bakal tamatkan degree dan sekarang aku tengah usaha nak cari rezeki halal. nak ade hidup sendiri...


aku harap, tahun depan aku baca ni dengan tersenyum senyum... heheheher



so, happy birthday to me !!!!!!! 24th dah.....

Bye.

Ruby,
kota bharu,

070118

Thursday 24 September 2015

Luahan terakhir seorang anak.

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum......


mak, semua yg terjadi ini sekelip mata.
terasa baru semalam kau ada bersama.

mak..... saat mak dimasukan hospital. mak lemah. 
orang bawak minyak panas yang kak ya suruh bawa,

mak... kaki mak sejuk, mak resah sebab kekejangan otot.
orang urut mak, entah kenapa orang urut mak tanpa ada perasaan letih.
orang urut sampai kakak tegur orang berpeluh.

mak, orang tak sangka itu kali terakhir orang urut mak,
itu kali terakhir orang angkat mak,
itu kali terakhir orang renung mak,
dan itu kali terakhir mak bergurau.


mak.... 22/9/2015

orang gi uruskan rumah pondok mak....
masa orang kemas rumah terasa seolah-olah mak ada dirumah tu,
selama ni orang tak pernah duduk atas katil mak,
hari tu entah masa letak adhwa and arissa... orang rasa nak duduk atas katil mak.

setiap barang mak orang pegang, orang bayangkan betapa susahnya mak nak beli semua ni selepas mak dapat stroke and mata mak xdpt melihat dgn jelas.

petang lepas beberapa minit orang kemas rumah mak, kakak call.....
kakak kata mak kena stroke kedua-dua belah,
dalam hati orang redha asalkan orang sempat jaga mak.
Tak sampai berapa minit, akak call "puteri mok xde dah".
Orang hilang arah mak. Terkedu, orang rasa macam mimpi.  Orang cakap kat kak wani "kak mak xda dah" lepas tu orang meraung... Kak wani peluk orang mak, orang tak leh drive ke hosp. Kak wani tlg drive.

Orang pegang adhwa and arissa.  Orang renung mereka semua. Betapa dalamnya kasih sayang mak kat cucu2 mak.


Mak,  orang tak sangka minggu lepas orang last makan semeja dengan mak.
Amik mak kat surau. Makan air tangan mak. Hari juga last orang marah mak.


Mak, orang hilang arah tuju. Selama ni orang tak pernah luah problem orang. Tak pernah tunjuk orang sgt syg kat mak. Orang tak pernah nak tunjuk yang sebenarnya orang kenang segala pengorbanan mak.

Mak, mak tahu orang sebenarnya nak suprise masa konvo mak dgn cik aji. Mak kenapa tinggal orang macam tuu jer....

Mak, orang bukan anak yang baik...  Tapi disaat orang mandikan jenazah mak, ya Allah. Setiap pengorbanan mak menjelma di fikiran. Hati orang menjerit. "mak aku masih disisi". Mak.... Lepas mandikan mak... Disaat nak keringkan. Lama orang renung wajah mak, mak....... Wajah ini akan orang rindu, bibir ini akan orang rindu gelak tawanya, marah kepada anak nya.


Masa kafankan. Orang kuatkan diri untuk berada disisi jasad mak buat kali terakhir. Kaki orang lumpuh tapi orang kuatkan hati. Mak tangan mak sejuk, semua sejuk. Wajah mak senyum. Mak...... Disaat orang kucup mak buat kali terakhir, orang redha. Tapi.... Orang rindu.



Mak lepas semua, setiap sudut dirumah. Wajah mak menjelma. Wajah mak tersenyum..... Mak,  kuatkah orang untuk hadapi semua ni??.

Mak,  demi Allah. Selama ni orang berjuang untuk mak dan cik aji. Orang terasa hilang kaki sebelah bila mak pergi.



Mak,
Terima kasih kerana sudi menjadi ibu ku.
Terima kasih memberi didikan secukupnya.
Terima kasih diatas setiap pengorbanan mu.

Jasa budi penat lelah mu tak kan dapat dibayar dengan wang ringgit.

Mak, setiap kali tido makan buat kerja.  Wajah mak selalu menjelma dan terasa mak ada disisi.

In sha Allah mak. Mak cik jalilah and cik aji, orang akan jaga elok2. Dengan syerman, alia and amalina. Orang akan sentiasa bersama.

Mak, tenanglah mak disana. Istirehatlah dengan tenang. ALLAH amat menyayangimu mak.




Suatu hari nanti, doakan orang dpt bersama mak menuju ke syurga.


Assalamualaikum mak. Selamat malam, Al-Fatihah -NORIAH BINTI ISHAK

Sunday 13 September 2015

IPB/ASRAMA/BAM

ASSALAMUALAIKUM.

 ( masa aku taip ni, kadang saya kadang aku.
 sebab keseimbangan otak tak betul ,
suka hati aku teori aku,aku yang rasa)

Lama untuk aku mengambil masa untuk menulis di blog aku.... aku tahu blog ni takde sedikit pon habuk yang macam org lain taip siap tulis *fuh fuh* nak hembus habuk. wakakaka.


bukan nak bangga tapi nak jugak bangga ( belit laaa ko ni bie).
setelah tiga tahun aku berjaya habiskan diploma. bagi setengah org. "ah kau baru dip doe, nazak lagi degree,master,PhD". bang akak sekalian. saya pon tengah get ready nak masuk alam tu. tapi  saya akui dip ni bg korang alaaa dip je pun. tapi bagi saya walaupun UPSR,PMR,SPM,DIPLOMA. kalau dah nama exam . konfemmmm bang kak oi.... takut. hahhahahaaa. tapi alhamdulillah. pernah repeat paper , pernah rasa down. pernah di downkan oleh pensyarah (tapi ade jugak yg bg semangat) . saya berjaya tamatkan dip dgn 3 pointer jer. kalau 4 flat aku nak upload pic . keh keh. 


well bukan tu saya nak cerita.... saya nak cerita pasal persahabatan.

"persahabatan" kadang2 bukan sebab dia rapat atau terlebih rapat ngan kita. tapi "persahabatan" bagi aku adalah mereka yang berkawan dengan aku dan pernah ada susah senang.


Masa kali pertama aku melangkah. masa ni macam terloncat happy sebab family bagi kepercayaan untuk aku lanjutkan pelajaran kat kl. yelah aku dari kelantan jauh pelusuk kampung.. cehhh. hahhahaa


ingat lagi mak cakap "kawan dengan kawan yg elok2. jangan merayau kat mana2"



sebab aku ingat and sebab kata2 mak tu doa jugak kan....

masa daftar bla bla bla sampai minggu orentasi... aku rapat dengan budak bilik aku. AKMA AMY RAWAIDA AINAA. lama berkawan . 

Akma : seorang kawan yg suka menolong kawan yg lain
Amy: dia ni pendiam, tapi kalau kita pandai mancing... haaa kau lawak berguna jugak dengan dia ni
Aina: ni cikgu english aku... aku taram speaking aku , dia gelak. tapi dia baik hati.

conclusion : diorang sangat baik tak perlu nak cerita keburukan diorang sebab aku punya diri bukan baik sangat . tapi jujur.... susah nak cari kwn mcm diorg. :) tq awak semua




sampai sem sem yang berikutnya...

aku tak lagi stay kat asrama. aku menghadapi cabaran baru. stay kat rumah sewa.
kami sewa kat Bam Villa. dak2 ipb mesti tau rupa bam time geng aku study situ. entah sekarang cantik ke belum. Dia kategori kondominium... perghhh dip sewa kondominium bebbbbb... haaa kau tgk lahhh kondominium yg sebijik mcm highland tower. hahaha. (maaf yer yg mrh aku taip camni, geng2 aku tahu camne rasa duk kat bam tu kikikiki)



well, kat sini aku jumpa lagi geng serumah yang alhamdulillah . duk 2tahun setengah tiada ragam yg mcm rumah sewa lain ( cth: nak bayar duit sewa).


ANIS SEMAN,AMY,MIRA,YANA,FARAH,AINA,AIN,ATIKAH,ATIKAH AZNAN,AZIRA,NANA,ANIS ZIN.

Anis seman :  org yg palinggggggggggg rapat. :) love you nis
Amy: antara kawan yg rapat dan teman sebilik cam anis
Mira: jiran bilik aku, baik and budak sekelas kadang2 study sekali
Yana: ni budak pandai. dekan. tapi nak tgk movie... mintak ngan dia... love u yana
Farah: ni makwe nas. buka pintu kalau ade nas. maksudnya dia cari yaya. wakakaka
Aina: kawan baik farah
Ain: pendiam tapi bila dah kenal .. byk jugak cerita kdg2. ni kwn rapat farah
Atikah: pernah sekelas pernah segroup untuk assignment. kawan baikAina, Ain n Farah
Atikah aznan: ni budak dekan every sem, tapi otak dia entah lah... layan movie maen game , tapi dpt result gempak. and selalu lepak stori mori hahahahah
Azira : :) aku tak tau nak cakap ape sebab dia ni chef yg masak sedap. zira aku rindu ikan keli masak pedas kau. pecal mak kau. semua lah yg kau masak,.. sardin kari lah. semualah.
Nana: org yg selalu bantu aku.. nana ni kes istimewa. nanti aku cerita . :) ( kalau nana baca, nana baca lah sampai bawah eh )

conclusion :  semua dak yg sama intake ngan aku, sama course. final exam pon sama stress.rindu korang



okay. kat ipb aku ada lah geng2 aku. geng kalau kita stress .dia lah penghibur.geng yang tak lah banyak karenah tapi banyak kenangan. ni kteorg rapat masa time assignment ecomal. 
SHAFIK ,NAD ,FAIZ SAM,CHIE,FAR, NANA.

Shafik : dia tak banyak karenah. kadang2 go jer... hahahaha karoks makan movie dia on jer bila ok . fik, aku rindu lah nak tengok ketinggian kau.
Nad: sempoi punya org, tp jarang kteorg sekali ngan dia sebab dia byk keje. tapi kalau lepak kt cafe nad ade best.... ni geng nasi lepak kepal :P
Faiz Sam: ni kalau nak suruh dia bersiap baik kau ckp 30minit sebelum kau nak amik dia...hahahaha tapi faiz ni best giler kalau mkn n tgk movie .... jalan jauh dgn dia pon best sebab dia ni beradab sikit wakakakakaka. aku rindu nak tgk  muka kerek kau faiz.
Chie: kalau dtg marah dia, jangan lah tegur, biar dia ok dulu.. tapi bab makan. dia ni selalu ok. HAHAHAHAHAHAHAHHAAH. chie bila nak mengaji dalam bilik karoke? hahahhaha. 
Far : kau lah kawan dalam seribu. susah nak cari macam kau. :( .. aku rindu kau , rindu nak gaduh. rindu nak kau kunci pintu kete tak bagi aku masuk. tq for semuanya far. 
Nana: hahahahhahaha baca kat bawah nanti.

conclusion: kalau nampak aku kat ts ker kat mana2 ... mesti diorang ade sekali. kalau bukan semua diorg ade, diantara mereka mesti ada sekali. 



hmmm kini diorang jauh dari aku. susah nak jumpa diorang sume and kawan2 yang aku pernah kenal. aku harap korang bahagia dan tak lupa aku :( .






Buat nana,

susah aku nak cerita. tapi terima kasih untuk semua.

pernah merasa siksa takde duit,
org yg selalu menolong,
org yg aku suka marah,
org yg gaduh dgn aku,
org yg masih peduli walau aku buat hal,
org yg jaga makan minum aku,
org yg tahu aku bila susah,
org yg akan berkongsi apa yg dia ada walaupun sedikit,
org yg selalu ingat aku,
org yg akan sakit sampai turun berat badan bila gaduh dgn aku,
org yg aku tak sangka boleh rapat,
hmmmm byk org yg kalau nana ni....

nana, walaupun ruby tak tulis semua kat sini, tapi nak ucap TQ. jgn lupa ruby. doakan ruby dpt sambung mcm nana ea. 

nana :'( .... jangan karoks sampai 3 jam dengan org lain selain ruby tau.
jangan lepak kat sweet tree melainkan dengan ruby.
jangan pergi kat ts and oder makanan kongsi dengan org lain selain ruby tau.
jangan lepak dengan far selain ada ruby , yelah drpd ada syaiton . baik ruby ... wakakkakaa. aku lah yg syaiton... 

jaga diri,jgn selalu sakit2. take care nana.





( Bam Villa )



(Geng lepak, ade yg xde.. :( )



( geng sebilik kat asrama ) 



Jaga diri korang sume. :) rindu korang. bye.












Saturday 15 February 2014

Love?

Pernah aku bertanya dalam diri ini.
"aku ni takde sape nak ke?" "memang semua lelaki ni pandang orang cantik jer ker?" "bagaimanalah rasa nikmat cinta".

Semua soalan terjawab pada hari ni.
Cinta bagi setiap insan merupakan satu fitrah. Dan nak rasa cinta dari manusia. Perbaiki cinta kita yang Pertama. Iaitu cinta kita dengan Allah.

InsyaAllah. Lelaki memilih pasangannya berdasarkan kecantikkan,harta,keturunan dan agama. Jika dia (lelaki) memilih seseorang itu kerana agama yang ada pada pasangan hidupnya. Maka bahagialah dia. Amin.

Aku perlu bersabar. Tak perlu gelojoh dengan cinta nafsu. Aku harus perbaiki cinta aku dengan Allah. Cinta aku kepada Baginda Rasulullah saw. Dan aku harus perbaiki cinta aku kepada orang tuaku. Dan juga orang sekelilingku.

Moga dosa lama ku diampuni.

Ingatlah rhubiatul,
Bila Cintamu Kenal Ilahi, Jadilah cintamu berstatus tinggi.

"Pasanganmu merupakan cermin kepada dirimu".

Aku menunggumu Imamku, tetapi berikanlah masa kepadaku untuk menjadi makmum yang layak berdiri dibelakangmu.Yang layak menjadi ibu kepada zuriatmu. InsyaAllah. Amin.

Thank You #SeminarPengurusanCinta #LangitIllahi



Friday 24 January 2014

2014



Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat, Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa, Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, Berikanlah aku..amalan yang dimakbulkan,Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar. amin...

Lama aku tak update blog. Aku kerap luangkan masa kat tumblr.facebook.instagram. (pnra_ruby@yahoo.com) add lah kalau mahu. Boleh jalinkan silaturahim. InsyaAllah.

Alhamdulillah , 20140107 genap umur ku 20thn. Banyak pengajaran daripada pengalaman 20thn tu (baru 20thn ruby woii) . Harap tahun ni aku lebih kuat. Dan aku lebih disiplin. 

Ni gambar masa birthday hari tu..... Jap (loading)
Alaaaaa :( tak mau masuk. Sorry tau sebab saya update guna handphone.
Okay marah dengan android. Haaa? Okay marah diri sendiri.


Hmmm... Tak tau nak tulis ape.... Cuma aku berharap. Semester ni aku lulus semua subjek (insyaAllah ruby boleh) . Aku sedang berubah kearah yang lebih baik. Harap ia berterusan.
Jom kita sama2 berubah dan berdoa. (sayang awak)

Okaylah. Panjang sangat korang pun muntah hijau. Terima Kasih sebab sudi Jenguk jap and baca ape yang saya tulis. Kalau kat twitter tu, tegur2 lah. Saya ni kawan dengan semua orang (muka jer nampak garang -_-") . @rubykewtuu.

Okay kesayangan ku semua. Terima kasih kawan+sahabat. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua. InsyaAllah.

Love you, Bie
20120124,
Kuala Lumpur,
Malaysia.


Thursday 24 October 2013

Kisah

Seorang kanak-kanak perempuan, duduk di atas papan berhampiran dengan pantai, memerhatikan kanak-kanak lain bermain dengan gembira. dia memandang ke langit. apakah sesuatu keajaiban akan berlaku dalam dirinya. hidupnya bukan seperti orang lain. mempunyai ibu dan bapa. dapat merasakan kasih sayang ibu dan bapa. bukan seperti kanak2 lain yang sering mengadu bila mereka ada masalah disekolah. Berusia 7tahun, dia bukan seperti kanak2 lain. yang sedikit sebanyak faham akan status dirinya. dia mengharapkan kebahagiaan akan hadir dalam hidupnya.

Tahun demi tahun, akhirnya dia berjaya menamatkan persekolahan rendahnya. pada tahun depan dia akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah. dia berazam, suatu hari nanti dia akan membalas jasa orang yang berbakti kepadanya. terlalu banyak onak dan duri yang dia terpaksa tempuhinya. berkat kesabaran yang ada... dia akhirnya berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. namun... dia tidak berjaya mengejar cita2nya sebagai seorang doktor. tapi dia yakin. belum terlambat dia mengubah cita2nya.

Saturday 28 September 2013

Cerah Atau Gelap

assalamualaikum wbt,

ya allah, aku berserah kepadaMU. aku tak tau kenapa aku rasa malas sem ni. malas sangat. belajar pun ntah pape. berikan aku kekuatan yang allah..... aku berserah kepadamu....... 

aku dah final exam.... aku tak tau ape yang akan terjadi pada result aku sem ni. aku mohon/harap semuanya lulus dengan cemerlang. allahuakbar......