tuan rumah ^_^

My photo
Kota bharu, Kelantan, Malaysia
RHUBIATUL ADAWIYAH | 1994 JAN 07 |

bermula disini alam siber ku

follow my instagram

Instagram

burung biru jer kah?

Thursday, 24 September 2015

Luahan terakhir seorang anak.

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum......


mak, semua yg terjadi ini sekelip mata.
terasa baru semalam kau ada bersama.

mak..... saat mak dimasukan hospital. mak lemah. 
orang bawak minyak panas yang kak ya suruh bawa,

mak... kaki mak sejuk, mak resah sebab kekejangan otot.
orang urut mak, entah kenapa orang urut mak tanpa ada perasaan letih.
orang urut sampai kakak tegur orang berpeluh.

mak, orang tak sangka itu kali terakhir orang urut mak,
itu kali terakhir orang angkat mak,
itu kali terakhir orang renung mak,
dan itu kali terakhir mak bergurau.


mak.... 22/9/2015

orang gi uruskan rumah pondok mak....
masa orang kemas rumah terasa seolah-olah mak ada dirumah tu,
selama ni orang tak pernah duduk atas katil mak,
hari tu entah masa letak adhwa and arissa... orang rasa nak duduk atas katil mak.

setiap barang mak orang pegang, orang bayangkan betapa susahnya mak nak beli semua ni selepas mak dapat stroke and mata mak xdpt melihat dgn jelas.

petang lepas beberapa minit orang kemas rumah mak, kakak call.....
kakak kata mak kena stroke kedua-dua belah,
dalam hati orang redha asalkan orang sempat jaga mak.
Tak sampai berapa minit, akak call "puteri mok xde dah".
Orang hilang arah mak. Terkedu, orang rasa macam mimpi.  Orang cakap kat kak wani "kak mak xda dah" lepas tu orang meraung... Kak wani peluk orang mak, orang tak leh drive ke hosp. Kak wani tlg drive.

Orang pegang adhwa and arissa.  Orang renung mereka semua. Betapa dalamnya kasih sayang mak kat cucu2 mak.


Mak,  orang tak sangka minggu lepas orang last makan semeja dengan mak.
Amik mak kat surau. Makan air tangan mak. Hari juga last orang marah mak.


Mak, orang hilang arah tuju. Selama ni orang tak pernah luah problem orang. Tak pernah tunjuk orang sgt syg kat mak. Orang tak pernah nak tunjuk yang sebenarnya orang kenang segala pengorbanan mak.

Mak, mak tahu orang sebenarnya nak suprise masa konvo mak dgn cik aji. Mak kenapa tinggal orang macam tuu jer....

Mak, orang bukan anak yang baik...  Tapi disaat orang mandikan jenazah mak, ya Allah. Setiap pengorbanan mak menjelma di fikiran. Hati orang menjerit. "mak aku masih disisi". Mak.... Lepas mandikan mak... Disaat nak keringkan. Lama orang renung wajah mak, mak....... Wajah ini akan orang rindu, bibir ini akan orang rindu gelak tawanya, marah kepada anak nya.


Masa kafankan. Orang kuatkan diri untuk berada disisi jasad mak buat kali terakhir. Kaki orang lumpuh tapi orang kuatkan hati. Mak tangan mak sejuk, semua sejuk. Wajah mak senyum. Mak...... Disaat orang kucup mak buat kali terakhir, orang redha. Tapi.... Orang rindu.



Mak lepas semua, setiap sudut dirumah. Wajah mak menjelma. Wajah mak tersenyum..... Mak,  kuatkah orang untuk hadapi semua ni??.

Mak,  demi Allah. Selama ni orang berjuang untuk mak dan cik aji. Orang terasa hilang kaki sebelah bila mak pergi.



Mak,
Terima kasih kerana sudi menjadi ibu ku.
Terima kasih memberi didikan secukupnya.
Terima kasih diatas setiap pengorbanan mu.

Jasa budi penat lelah mu tak kan dapat dibayar dengan wang ringgit.

Mak, setiap kali tido makan buat kerja.  Wajah mak selalu menjelma dan terasa mak ada disisi.

In sha Allah mak. Mak cik jalilah and cik aji, orang akan jaga elok2. Dengan syerman, alia and amalina. Orang akan sentiasa bersama.

Mak, tenanglah mak disana. Istirehatlah dengan tenang. ALLAH amat menyayangimu mak.




Suatu hari nanti, doakan orang dpt bersama mak menuju ke syurga.


Assalamualaikum mak. Selamat malam, Al-Fatihah -NORIAH BINTI ISHAK

No comments:

Post a Comment

haip :D