tuan rumah ^_^

My photo
Kota bharu, Kelantan, Malaysia
RHUBIATUL ADAWIYAH | 1994 JAN 07 |

bermula disini alam siber ku

follow my instagram

Instagram

burung biru jer kah?

Wednesday, 30 May 2012

kadang-kadang

* Kadang-Kadang Kita lupa nak tanya khabar si dia...


* Kadang-Kadang Kita selalu ingat dia tak ingat kita...


* Kadang-Kadang Kita selalu lupa segala kenangan bersama...



* Kadang-Kadang Kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu...


* Kadang-Kadang kita hanya pandai berkata kata daripada melakukannya...


* Kadang-Kadang Kita tak sedar ada orang menyayangi kita...


* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita...


* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa...


* Kadang-Kadang Kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan...


* Kadang-Kadang Kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita...


* Kadang-Kadang Kita tak tau yang dia tak suka kita...


* Kadang-Kadang Kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius...


* Kadang-Kadang Kita tak respect pada kawan kita yang banyak membantu kita...


* Kadang-Kadang Kita akan hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan...


* Kadang-Kadang Kita akan lupa kawan ketika kita sedang gembira...


* Kadang-Kadang Kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita...


* Kadang-Kadang Kita akan menyalahkan orang lain walhal kesalahan itu berpunca dari kita...


* Kadang-Kadang Kita akan utamakan yang baru dari yang lama...


* Kadang-Kadang Kita akan tersentap kalau si dia menegur kita...


* Kadang-Kadang Kita cakap kita tak akan begitu padahal kita lakukan juga..


* Kadang-Kadang Kita cuba melakukan yang terbaik tetapi menyusahkan orang lain...


* Kadang-Kadang Kita suka memerhati daripada menegur...


* Kadang-Kadang Kita suka mengharap pertolongan tampa meluahkannya...

* Kadang-Kadang kita senantiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yang tahu...


* Kadang-Kadang kita senantiasa nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita...


* Kadang-Kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja...


* Kadang-Kadang kita selalu ingat kita saja betul...


* Kadang-Kadang kita sukar menerima pendapat orang lain...


* Kadang-Kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh temeh...


* Kadang-Kadang Kita terlalu singkat tampa memikirkan apa kesudahannya...

Wednesday, 23 May 2012

| rindu padamu |

bismillahirohmanirohim , assalamualaikum...

benarlah cakap orang, bila kita ikhlas berkawan maka hubungan kawan itu bertukar menjadi satu perkataan yang kuat iaitu adik beradik ...

berdiam seketika, susah untuk menutup mata memaksa supaya tidur, namun apakan daya,, sungguh bie rindu dkt dier,dier dier... rasenyer baru sebentar tadi b berpisah dgn diorang tp hakikatnya sudah nak masuk 6bln.. berhubung melalui handfon x dpt melepaskan rindu....

kawan, jika engkau bace ape yang bie conteng kan disini.. ini hanya sekadar luahan rindu pada mu...
sungguh, bie rase susah nak cari kawan cam korang.. memahami, sportim, menolong. dan berkerjasama satu lagi.. berkongsi segala2 umpama adik beradik ....

selama bersekolah di MPI ( maahad pengajian islam ) 07-09 , awak sahabat saya ,


- rindu awak semua, bie fhm, awak bz.. yer bie pon bz... ade mase kiter jumpe lar...

setelah itu.. bie tukar sekolah.. dan pada mulanya.. bie anggap. susah nak cari kawan macam diorang kt atas..tp.. berkat doa.. b bertemu dengan gadis2 yang amat bermakna bagi bie....
bagaikan keluarga.. sukar untuk bie lupakan diorang.... - menitik air mata -


























syg, maybe awak boleh ganti tempat bie , tapi bie jujur.. bie x boleh ganti tempat awak dengan sesiapa...
sebab..awak terlalu memahami.. suka,duka..awak ade bersama.. terima kasih sebab menemani bie selama ni... terima kasih sebab tidur, makan ,study bersama bie..  rindu awak semua T_T... tiada tempat bie nak mengadu.. awak yang mendengar segala luahan bie..awak selalu menasihati bie... oh tuhan..jika masa boleh diundurkan... bie akan gunakan masa itu sebetul2nya..namun.. apakan daya.... 



last day with u all.. now i miss u all a lot ....T_T

p/s : mencari seorang rakan itu senang..namun, menjadikannya seperti keluarga serta orang yang memahami kita dan kita memahami dier amat sukar.......

PNRA@BIE love you ... saranghaeyo....



| untuk awak, dan saya |


Kenapa Aku Sering Diuji/Ditimpa Masalah
JAWAPAN UNTUK DIRI KITA 




KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.




KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.




KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.




RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman.




BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.




APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
Surah At-Taubah, ayat 129
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.




AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. 

| sesuatu |

hai sayang =)  , assalamualaikum ,

8 hari lagi untuk smbg study ... ouch. sungguh tidak ku mampu bersabar :D ..

okay.. hari ni, alhmdllh.. belajar buat tom yam - budak baru belaja masak - =,=

dan , YES !!! saya berjaya, lulus ... ehhehee

hurm.. sebenarnye... rindu pada budak kecik, nama dia, nur arissa ;)


- dua batang gigi dier, x caye? tengok betul2, bulat2kan mate tu... hahhahaha -

semalam pegi shopping jap... ade duit lebih teringat kat budak ni... so bie beli benda kat dier... nak tgk ? ahhahahhaha... ok, wait..1,2,3.....


cantik ? yes ! sesuai kan... si cantik tu pakai.. x sbr nak pakaikan kt dier.. uhuhu

suka sangat pada baby ... harap si dia pon sukakan baby jugak -,-

si dia?? hahhaha.... yup, bakal suami ... alhmdllh, hidup tanpa bercinta lebih baik daripada bercinta.. y?

hurm.. maybe sbb x de org wat kiter sedih,sakit hati .... ahhahah ...

p/s : cinta itu lumrah, jodoh di tangan DIA, sampai seru.. kahwin lar kiter.... :D, perbanyakkan doa, 

love,love PNRA@BIE .... [ i love u veli-veli much friend :D ]




Tuesday, 22 May 2012

| ini hakikat kehidupan |


1) Hamba Allah merenung jauh. Semua yang diinginkannya telah dicapai. Dia sekarang seorang usahawan yang berjaya, memiliki banglo dan kenderaaan mewah serta pelbagai kesenangan.  Kenapa hidupnya terasa begitu kosong.
Tafsir ayat al-Quran dibaca menyentuh hatinya:
"Apakah manusia mengira mereka diciptakan hanya sebagai permainan dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Allah, Maha suci Allah Tuhan yang benar, tiada Tuhan selain Dia pemilik Arasy yang Maha Tinggi...."

" Dan sesungguhnya tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu..."

Kini tahulah dia hakikat kehidupan.

2) Seorang hamba Allah telah pergi menangkap ikan. Semasa menurunkan pukatnya dia menyebut Nama Allah. Dia hanya mendapat seekor ikan yang kecil, kemudian terlepas pula. Seorang lagi juga pergi menangkap ikan tetapi menyebut mentera2 yang syirik, dia mendapat tangkapan yang banyak. Lantas malaikat bertanya tentang hal tersebut kepada Allah SWT. Lalu dibukakan tirai masa depan dan diperlihatkan kepada malaikat tentang anugerah yang diberikan kepada kedua-dua hamba tersebut. Ternyata yang menyebut nama Allah mendapat ganjaran yang amat besar di akhirat dan yang menyebut nama Taghut mendapat siksaan dan penghinaan diakhirat. Itulah hakikat kehidupan seorang yang mukmin, ganjaran yang besar menantinya di sana.

3) Ajaib urusan seorang mukmin. Apabila dikurniakan Allah kebaikan, Dia memuji Allah dan bersyukur. Apabila ditimpakan musibah, dia memuji Allah dan bersabar.

4) Jika kita mencari ketenangan dalam kehidupan dunia, ketengangan itu apabila kita mengingati Allah. Jika kita mencari kesenangan, tiada kesenangan dalam kehidupan dunia melainkan penuh cubaan dan pancaloba. Seorang mukmin adalah seorang yang berjaya dalam kehidupan kerena seluruh kehidupannya yang penuh ujian diletakkan di atas landasan keredhaan Allah.

5) Jika kita putus asa menghadapi cabaran hidup ini, seolah-olah kita mengharapkan mati sahaja kerana kehidupan ini diciptakan penuh dengan ujian dan dugaan. "Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakan yang baik amalannya" Surah Al Mulk ayat 2.

6) Sahabat, setinggi mana pun perjuanganmu, jangan ditinggalkan perjuangan yang tinggi....menegakkan kalimah Allah.

7) Sahabat, perjuangan kita masih panjang ...tapi kehidupan kita sudah dipenghujungnya. Ayuh...bersegera kita menyahut seruan Allah.

8) Sahabat, seindah mana engkau menghiasi dunia ini, dunia ini tidak akan menjadi syurga bagi kita, dunia tetap dunia yang penuh suka dan duka.

9) Alam-alam yang telah kita lalui, sedang dilalui dan akan lalui :
     Alam ruh ====> Alam Rahim => Alam Dunia => Alam barzakh =======> Kiamat =================> Mahsyar =======> Syurga/Neraka
     ^ Kita disini

10) Sahabat, bersabarlah, perjuangan kita hampir selesai. Taman-taman syurga dan kehidupan penuh nikmat menantimu di sana.

11) Petikan email "Manusia bertanya al-Quran menjawab":


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan). "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. "

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

p/s : sekadar perkongsian bersama =)

love,love PNRA@BIE :*

Monday, 21 May 2012

rupa-rupanya ^_^



leka bermain ngan ternet, tetibe terjumpa maksud nama ;).. nak share larh !!! xboley ?

hahhhhh.. x kire !!! nak jugakkkkkk.....hahahahha.....
  

PPintar
UUntung
TTulus
EEmosional
RRamah
IIkhlas
NNaif
UUlung
RRealistik
RRajin
HHarum
UUtuh
BBijaksana
IIdealistik
AAmanah
TTegas
UUtuh
LLemah-lembut
AAlim
DDinamik
AAbadi
WWarak
IIntuitif
AAsli
HHarum



p/s : semoga tuan nyer pun seperti namanya , amin2 .. =)

love or what ?

assalamualaikum, salam ukhwah, salam 1 malaysia, salam dari ore kelate 
[ ape yang aq membebel ni ? ] =,=

ok, today, im not in a good mood  [ hadoiii, grammar hentam jer lar ]

i dont know why [ fullammaaakkkkk , speaking lar  :D ]

entah lar, rase xsedap hati , buat benda semua x kene , macam ni ke perasaan biler kte minat kat seseorang ?


maybe , hurm.. bila jatuh cinta, perkara pertama yang harus kita tahu,, adakah dia sudah berpunya?


bie rase, dah kot... tp seriesly lar, bie jatuh hati padanya bkn sbb kacak, jatuh hati sbb hubungan dier ngan family dier... 


ya ALLAH, sukar untuk dipercayai namun itulah hakikatnya... 
bergurau senda dgn abah,abang .... bie xpernah rase cmtu .. sbb tu kot jd trharu... nak menitis air mata melihat gelagat tu, tp.. kene tahan... majlis sempena mothers day.. nanti org hairan pulakk, why minah debab nih nangis..hahhahahahahahha LOL .




fine, sedang mengunyah rojak mee yang telah disediakan.. sekelip mata melihat dier.. ting,ting sesuatu terdetik dari hati ... tp cpt2 dihalang, sbb sekali bie jatuh hati pada orang tu,sukar untuk bie melupakan nya.. i dont know why.. memang lumrah kaum hawa kot.. hiihihihiih....


fine, kebetulan pulak malam tu ade final cup ,klantan lwn sime darby.. so..ape lg... paksa mak ckp nak blk awl.. hurm..ape blh buat... org tua2 kenew borak2, hormati majlis katanya :(


tp, alhmdllh,, smpai umh kul 8mlm, terus lari ,amik wudhuk and solat maghrib.... lepas tu ?


on tv and tersenyum.. hah? awl  ker? hahhaha.. tgk berita lar dulu syg oitt ^_^


alhmdlllh,,,, last2 klatan menang . tersnyum :)


so, back to the point...


hurm.. mengapa hati ini mudah jatuh cinta? sedangkan setiap hari menghalang hati ini drpd jatuh cinta kepada orang yang x berhak ... izinkan ku simpan rasa cinta ini kepada bakal imamku...


bie tahu, terlalu muda untuk ini, tp bie bersiap untuk menjadi isteri yang terbaek... walaupon byk kekurangan diri ini....


tidak salah untuk jatuh cinta sbenarnya namun, apakah cinta kita dihargai ? kdg2 cinta ini membawa maut apabila kita ter ikut-ikutkan nafsu... godaan syaitan...


cinta adalah perasaan yang telah dianugerahkan kedalam diri seseorang , doa yang dapat membantu kita dalam mendapatkan cinta sejati.. sesungguhnya DIA maha MENDENGAR dan maha MENGETAHUI..

p/s : maaf,jiwa siket.. hihiihihih... yeah... hidup kene teruskan. just face it kn? ...

love from me for u .. PNRA@BIE

Friday, 11 May 2012

12 mei ..

bismillahirohmanirohim ... assalamualaikum... ;)

lagi 19hari duk umh... yes.. memang x sbr ! yehuuu.. hope semuanya berjalan dgn lancar....
huhuuhu... alhmdllh... muka bie daa semakin sembuh.. syukur kpdNYA... kerana mendengar doa2 hambaNYA..
nak tgk i punyer muka? hahhahha [ gelak gedik2]

[ maaf, saya tidak secantik anda ;) ]

cakkk ! yer.. gmbr ni gmbr dp FB.. lar.. daa nmpak cntik.. lg sepet...
so letak jer kt situ,sini.. hehehhehehehe....


hurm.. hari ahd medikel cek up.. waaaaa :'(.. jgn cucuk sudah ! no !!! 
[ dann aku bukannya penakut, * nyanyi jap ]

lepas tu.. kenew g skola.. insyaALLAH,, bersama adinda trsyg.. FATIN NORSYAMIMI * miss u a lot syg 

huwaaaaaaaa..sob.sob.. hum.. bie kenew buat spek [ kacamata] hummmm.. mate daa terukk..
xnk ! xnk !!! ... terpakse :( so... kenew lar jln terkedek2 smbl muke muncung menuju ke kedai spek mata..

# jangan kuat sgt ngadap lappy.. ini lah akibatnya,,, 

* tiada guna hidup di dunia jika mudah melupakan kebaikkan yang pernah seseorang itu hulurkan kepada kita ..... 

KL im coming............................................ broommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

wassalam...

[ rindukn sy? sy lg rindu kt awk ;'( heart deep,deep.. love.love PNRA bby :D ]



Thursday, 10 May 2012

kerana D... lupakan A...

bismillahirohmanirohim 

assalamualaikum...

semua orang nak jadi sempurna... ini fakta ! 

awak.. kita bkn xley jd sempurna.. tp kita telah diciptakan dgn satu kelebihan serta satu kekurangan...

so.. jangan mencuba jadi yang sempurna dipandangan manusia...

berusaha lah dalam menjadi sempurna pada pandangan DIA yang ESA...

- KENAPA DENGAN AYAT DIATAS -

sebab... 
 ramai budak2 zaman sekarang nak nampak kelihatan sume perfek..

termasuk lah sy. [ jujur ]

tp bila difikirkan balik.. kenapa harus didepan manusia jer? didepan ALLAH? x nk ker?

yer memang..manusia lebih cintakan dunia drpd akhirat.. sbb.. dunia buat mereka buta.. leka....

astagfirullah...

demi nak nampak sempurna.... tudung dilempar entah kemana.. berkotak2 make up diborongnya...
berhabis-habisan dicucuk cucuk pd wajah , anggota bdnnya...

bukan ker mmbazir?

lau demi suami.. ok lar... tp.. utk org yg x pentim... hurm.. kenape ini berlaku?

adkh kerna manusia skrg pentingkan rupa paras? potongan badan? fashion trkini?

maybe *

harap mereka semua sedar... kejujuran,keikhlasan, serta kesetian dan keimanan adlh pentim dr semua tu

p/s : ini semua pendapat sy ;)

# jika malam tanpa bintang hilanglah seri bulan yang bercahaya #


Wednesday, 9 May 2012

Aku Damba Perkahwinan Yang Menyempurnakan Agamaku


[ model : amalina and fahmi ( my lovely sista and brother in law ) ]



Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.


Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah 

setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang 

lain.”

Seperti mana sebuah cinta yang mendalam boleh pudar begitulah jua cinta yang tiada 

kan bisa dipupuk. Cuba kembali ke zaman dahulu di waktu nenek dan datuk kita 

bertemu dan bersatu. Kebanyakan dari mereka ditentu jodoh oleh ibu bapa. Tanpa 

bantahan tanpa bicara, perkahwinan di setuju asalkan calon menantu seorang yang baik 


dan beriman.

Statistic penceraian yang terjadi di waktu itu tidak lah menghampakan seperti 


sekarang. Walau mereka bersatu bukan atas dasar cinta tetapi lama-kelamaan rasa itu 

boleh  dirasa. Disitulah hikmahnya sebuah restu orang tua.




Tetapi cuba kita buka mata dan melihat dunia hari ini. Penceraian demi penceraian 

sering kita kedengaran. Hampir sahaja perkara tersebut di anggap biasa dan kini kita 

sudah tidak terkejut mendengar penceraian yang berlaku di mana-mana pun.

Entah apa puncanya. Berkahwin kerana cinta sama cinta pun masih banyak masalah 

melanda. Bercinta hampir 5 tahun, berkahwin tak sampai 5 bulan. Mengapa terjadinya 

kejadian-kejadian yang terlalu mengecewakan ini?

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, 

kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya 

kamu bahagia.”


Perkahwinan sebenarnya sangat suci dan merupakan ikatan dua hati. Disitu kan teruji 

sebuah kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan. Berkahwinlah dengan niat 

untuk menyempurnakan agama. Makanya, pasangan yang dipilih jangan kerana nilai 

material yang ada padanya. Jika berkahwin semata-mata hanya kerana cinta, suatu 

masa nanti cinta akan pudar jika tidak di baja atau pun tatkala hati bertemu dengan 

insan yang lebih sempurna.

Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan, suatu masa nanti tatkala kau jumpa 

kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.

Oleh itu, berkahwinlah kerana agama. Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama. 

Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata, tetapi tekadlah untuk sama-

sama melengkapi kekurangan diri. Sama-sama membimbing ke jalan yang diredai.


Kehidupan ini tidak lama, kematian akan membawa kepada sebuah alam yang kekal. 

Di alam sana kita mahu bersama keluarga kita kembali, berkumpul dan bersatu lagi. 

Tetapi jika kita tidak bentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, bagaimana kita akan 

menemukan insan yang bertaqwa dan bagaimana nanti kita akan memimpin pasangan 

kita untuk bersama-sama dunia akhirat?

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang 

jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan 

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Tidak mengapalah jika pasangan kita kurang rupa, asalkan dia orang yang kuat agama. 

Kecantikan dunia tidak akan kekal lama. Meningkat usia rupa sudah hilang mudanya. 

Dan perhatikan pula jika berlaku kemalangan yang menjejaskan rupa, mencacatkan 

anggota dan menghilangkan keupayaan kita, hilang ranap segala yang kita banggakan 

itu. Itulah kecantikan yang ada di dunia.

Tetapi, di alam syurga, semua manusia akan jelita dan kacak bergaya. Itu akan kekal 

abadi, dan mata tidak akan pernah jemu-jemu menatapnya. Subhanallah!

Jangan hampa jika pasangan kita tidak kaya, asal hatinya kaya dengan zikir-zikir 

mengingati yang Esa. Harta dunia cuma tipu daya. Kemiskinan satu ujian dan 

kekayaan jua suatu ujian. Malah jika iman menipis di dada, kekayaan yang melimpah luah itu sememangnya

 sukar dijaga. Dan di akhirat nanti setiap sen yang kita ada akan 

dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.

Cukuplah sekadarnya kita punya, asalkan kita masih mampu menjalani kehidupan 


dengan mudah dan sempurna. Asalkan kita mampu mencari rezeki yang halal yang 


tidak bergelumang hutang piutang, itu sudah memadai. Berdoalah kepada Allah 



Di alam syurga yang kekal sana, tiada lagi manusia yang miskin, segala apa yang 



dihajati akan sampai hatta dengan sekali niat sahaja. Rumah-rumah bersalut 



kemewahan, kenderaan yang jauh lebih hebat dan tidak mampu di bayangkan. 



Subhanallah,cukup besar anugerah Allah kepada mereka yang tidak melupakanNya.



Dari Abu Musa Al Asy’ari dari Nabi shallallaahu alaihi wa sallam beliau bersabda, 



“Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan rumah yang 



terbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal 


keluarganya, di sekelilingnya tinggal pula orang mukmin lainnya namun mereka tidak 


saling melihat satu sama lain.”[11]



Allah berfirman yang maksudnya:



“Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, bahawa 



bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya”.



 (QS al-Baqarah : 25)



Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia. Bahagia bukan hanya mendamba 



meterialistik semata-mata. 



Tetapi bahagia akan hadir dalam reda Dia. Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar 



derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan.


# sekian ...