tuan rumah ^_^

My photo
Kota bharu, Kelantan, Malaysia
RHUBIATUL ADAWIYAH | 1994 JAN 07 |

bermula disini alam siber ku

follow my instagram

Instagram

burung biru jer kah?

Wednesday, 9 May 2012

Aku Damba Perkahwinan Yang Menyempurnakan Agamaku


[ model : amalina and fahmi ( my lovely sista and brother in law ) ]



Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.


Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah 

setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang 

lain.”

Seperti mana sebuah cinta yang mendalam boleh pudar begitulah jua cinta yang tiada 

kan bisa dipupuk. Cuba kembali ke zaman dahulu di waktu nenek dan datuk kita 

bertemu dan bersatu. Kebanyakan dari mereka ditentu jodoh oleh ibu bapa. Tanpa 

bantahan tanpa bicara, perkahwinan di setuju asalkan calon menantu seorang yang baik 


dan beriman.

Statistic penceraian yang terjadi di waktu itu tidak lah menghampakan seperti 


sekarang. Walau mereka bersatu bukan atas dasar cinta tetapi lama-kelamaan rasa itu 

boleh  dirasa. Disitulah hikmahnya sebuah restu orang tua.




Tetapi cuba kita buka mata dan melihat dunia hari ini. Penceraian demi penceraian 

sering kita kedengaran. Hampir sahaja perkara tersebut di anggap biasa dan kini kita 

sudah tidak terkejut mendengar penceraian yang berlaku di mana-mana pun.

Entah apa puncanya. Berkahwin kerana cinta sama cinta pun masih banyak masalah 

melanda. Bercinta hampir 5 tahun, berkahwin tak sampai 5 bulan. Mengapa terjadinya 

kejadian-kejadian yang terlalu mengecewakan ini?

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, 

kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya 

kamu bahagia.”


Perkahwinan sebenarnya sangat suci dan merupakan ikatan dua hati. Disitu kan teruji 

sebuah kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan. Berkahwinlah dengan niat 

untuk menyempurnakan agama. Makanya, pasangan yang dipilih jangan kerana nilai 

material yang ada padanya. Jika berkahwin semata-mata hanya kerana cinta, suatu 

masa nanti cinta akan pudar jika tidak di baja atau pun tatkala hati bertemu dengan 

insan yang lebih sempurna.

Berkahwin kerana kesempurnaan dan kecantikan, suatu masa nanti tatkala kau jumpa 

kelemahannya, kau akan mula berasa hampa dan tidak berguna.

Oleh itu, berkahwinlah kerana agama. Perbetulkan niat kerana Allah yang lebih utama. 

Bukan berharap pada kesempurnaan dia semata-mata, tetapi tekadlah untuk sama-

sama melengkapi kekurangan diri. Sama-sama membimbing ke jalan yang diredai.


Kehidupan ini tidak lama, kematian akan membawa kepada sebuah alam yang kekal. 

Di alam sana kita mahu bersama keluarga kita kembali, berkumpul dan bersatu lagi. 

Tetapi jika kita tidak bentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, bagaimana kita akan 

menemukan insan yang bertaqwa dan bagaimana nanti kita akan memimpin pasangan 

kita untuk bersama-sama dunia akhirat?

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang 

jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan 

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Tidak mengapalah jika pasangan kita kurang rupa, asalkan dia orang yang kuat agama. 

Kecantikan dunia tidak akan kekal lama. Meningkat usia rupa sudah hilang mudanya. 

Dan perhatikan pula jika berlaku kemalangan yang menjejaskan rupa, mencacatkan 

anggota dan menghilangkan keupayaan kita, hilang ranap segala yang kita banggakan 

itu. Itulah kecantikan yang ada di dunia.

Tetapi, di alam syurga, semua manusia akan jelita dan kacak bergaya. Itu akan kekal 

abadi, dan mata tidak akan pernah jemu-jemu menatapnya. Subhanallah!

Jangan hampa jika pasangan kita tidak kaya, asal hatinya kaya dengan zikir-zikir 

mengingati yang Esa. Harta dunia cuma tipu daya. Kemiskinan satu ujian dan 

kekayaan jua suatu ujian. Malah jika iman menipis di dada, kekayaan yang melimpah luah itu sememangnya

 sukar dijaga. Dan di akhirat nanti setiap sen yang kita ada akan 

dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan.

Cukuplah sekadarnya kita punya, asalkan kita masih mampu menjalani kehidupan 


dengan mudah dan sempurna. Asalkan kita mampu mencari rezeki yang halal yang 


tidak bergelumang hutang piutang, itu sudah memadai. Berdoalah kepada Allah 



Di alam syurga yang kekal sana, tiada lagi manusia yang miskin, segala apa yang 



dihajati akan sampai hatta dengan sekali niat sahaja. Rumah-rumah bersalut 



kemewahan, kenderaan yang jauh lebih hebat dan tidak mampu di bayangkan. 



Subhanallah,cukup besar anugerah Allah kepada mereka yang tidak melupakanNya.



Dari Abu Musa Al Asy’ari dari Nabi shallallaahu alaihi wa sallam beliau bersabda, 



“Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan rumah yang 



terbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal 


keluarganya, di sekelilingnya tinggal pula orang mukmin lainnya namun mereka tidak 


saling melihat satu sama lain.”[11]



Allah berfirman yang maksudnya:



“Dan sampaikanlah berita gembira kepada yang beriman dan berbuat baik, bahawa 



bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai didalamnya”.



 (QS al-Baqarah : 25)



Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia. Bahagia bukan hanya mendamba 



meterialistik semata-mata. 



Tetapi bahagia akan hadir dalam reda Dia. Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar 



derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan.


# sekian ...

No comments:

Post a Comment

haip :D