tuan rumah ^_^

My photo
Kota bharu, Kelantan, Malaysia
RHUBIATUL ADAWIYAH | 1994 JAN 07 |

bermula disini alam siber ku

follow my instagram

Instagram

burung biru jer kah?

Thursday, 27 September 2012

love after married and i hope my dream's come true. subhanallah :')

saya baru lepas " klik " blog kak dina. yer. tipu kalau saya cakap saya tidak menangis, yer saya menangis. menangis sebab gembira bace kisah cinta dan "keterpaksaan " dia untuk berkahwin dengan abg ariff. jika saya diberi pilihan, saya juga mahu berkahwin diusia awal dan bercinta selepas berkawin. tetapi tuhan telah menentukan segala2nya. hanya doa dan doa yang mampu kita lakukan.

hati saya tergerak, apakah saya cukup solehah dimata ibubapa saya? sudah tentu tidak. saya sedang berusaha. owh. sungguh kehidupan manusia diciptakan dengan pelbagai keadaan. solehah kepada keluarga. dan bakal solehah untuk suami. AKU SEDANG MAHU BEREBUT GELARAN ITU.

kadang2 tertanya2.siapakah jodohku? adakah aku akan berbahagia selepas ini? . selepas itu saya hanya tersenyum. ALLAH MAHA MENGETAHUI. bukan rupa paras yang ku cari, bukan jua harta, bukan jua keturunan, namun agama yang ada padanya. benar kita kena lihat harta, rupa, keturunan. namun jika dinilai semua itu. semuanya akan hilang jika agama tidak ada pada dirinya. wahai bakal imamku. saya sedang menunggu awak, saya bukan mahu kesempurnaan pada awak, berilah kekurangan yang ada pada awak untuk saya menjadi isteri yang setia pada awak.jika saya terlalu memandang kesempurnaan awak,karna saya akan lalai. dan akan buta untuk melihat kekurangan awak. :')

bukan saya xnak untuk menjadi isteri, tapi sekarang saya sedang berusaha untuk itu. biarlah orang terdekat berkata saya gatal, terlalu terikut budaya bercinta selepas berkahwin, melamar depan keluarga, kahwin kerana keluarga. dengarlah . saya diciptakan olehNYA. dan biarlah saya bersama dengan awak kerana DIA. dan biarlah suatu perhubungan itu halal dan direstui olehNYA.

biarlah hubungan kita direstui oleh kedua2 belah ibubapa. memang saya nakal,degil,keras kepala. tapi saya pun tahu apakah itu RESTU. perkahwinan tanpa restu susah untuk bahagia. awak fahamkan? saya sukar untuk jelaskan, sebab saya tidak layak untuk menjelaskan. saya bukan ustazah bukan jua para ulamak.

ketika saya berdoa. saya menangis sebab saya tahu ALLAH mendengar segala-galanya. saya meminta supaya awak membimbing saya ke jalan yang BENAR dan DIREDHAINYA. saya dan awak mampu untuk menjalankan tangungjawab yang BESAR itu.selepas saya berdoa. saya mengaminkan doa. saya rasa lega. lega dan lega. dan mengharapkan kemakbulan. insyaALLAH.


                                                                                                                   ruby zulkifli

No comments:

Post a Comment

haip :D